Itulah dia BUAH HATIKU, mencintai dan dicintai
Allah dan Rasul, disukai oleh semua manusia. Inilah harapan dan matlamat
ditubuhkannya Rumah Amal Buah Hatiku, ingin melahirkan generasi buah hati
Rasulullah. Kami mengajak anda seluruh masyarakat Islam yang cintakan Allah dan
Rasul untuk bersama-sama menanggung beban dan tanggungjawab umat ini.
Sampai bilakah kita akan menangis melihat
kerosakan moral di kalangan generasi muda. Tidak cukupkah kita melihat
anak-anak kita yang tidak mahu sembahyang? Yang bergaul bebas? Yang mendedahkan
aurat? Dan lain-lain maksiat? Bilakah kita nak mula mengubahnya? Mari kita
laksanakan sistem pendidikan Islam ini, kerana nampaknya sistem pendidikan yang
ada terus sahaja melahirkan generasi yang semakin jauh dari Allah dan Rasul.
Selain itu matlmat Buah hatiku adalah untuk
melahirkan anak-anak di bawah jagaan
Buah hatiku ini Berjaya disegi
pembangunan rohaniahnya dan pembangunan material disamping menjadi seorang
manusia berguna di masa depan. Ilmu dan pelajaran yang diikuti oleh mereka,
juga latihan-latihan yang diberikan akan dimanfaatkan sebaik mungkin dan
akhirnya menjadikan mereka pandai berdikari dan mempunyai jati diri yang kuat
dalam menempuh duagaan dan cabaran hidup.
![]() |
Tambah kapsyen |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan