Sabtu, 2 Jun 2012

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN


PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

1.Menyediakan segala sumbangan yang diterima bukan sekadar untuk anak-anak kurang bernasib baik di asrama Buah Hatiku ini, tetapi juga diberikan kepada anak-anak yatim dan asnaf zakat yang tinggal bersama keluarga mereka.



2.Melatih nak-anak untuk menjadi penghibur kepada anak-anak yang senasib dengannya iaitu melalui aktiviti-aktiviti lawatan ke asrama-asrama anak-anak yatim yang lain dan mengadakan persembahan kebudayaan dan program motivasi.



3. Menubuhkan kelab remaja putera/puteri bagi anak-anak tahap rendah  dan kelab anak-anak kesayangan Buah Hatiku bagi anak-anak diperingkat kanak-kanak.



4. Menyediakan khidmat kauseling kepda ibu bapa/penjaga/waris yang berhadapan dengan masaalah keluarga dan anak-anak remaja khususnya.



5.Menyediakan aktiviti-aktiviti kemahiran seperti penulisan, jahitan, masakan, pertanian dan landskap, kebudayaan, kepimpinan dan motivasi demi melahirkan peribadi nak-anak yang pandai berdikari.



OBJEKTIF Buah Hatiku

1.     Memebanteras kemiskinan secara keseluruhan: miskin iman, miskin ilmu dan miskin harta.

2.    Membela anak-anak yang kurang bernasib baik serta memberi kasih sayang.

3.    Menegenalkan mereka kepada Tuhan dan Rasul sehingga mereka cinta dan takut hanya untuk Allah dan Rasul.

4.    Membimbing mereka dengan perkara-perkara asas iaitu fardhu ain dan fardhu kifayah seperti menjahit, pertanian, kebudayaan, ekonomi, motivator dan lain-lain.

5.    Melahirkan anak-anak yang bpleh berdikari dan menampung kehidupannya di masa akan datang.

6.    Mengadakan kelas pengajian Al-quran,agama dan akdemi yang asas, seta kelas kemahiran bahasa arab peringkat rendah, menegah dan dewasa.

7.    menyediakan khidmat lawatan dan hiburan kepada orang-orang tua atau orang kurang upaya (OKU)

 

PENGAMBILAN ANAK-ANAK BUAH HATIKU



Terdiri anak-anak dari anak yatim, fakir miskin dan anak-anak yang dihantar khas oleh orang tuannya untuk mendapatkan didikan agama yang baik. Mereka ada yang tinggal tetap di asrama mahupun mendapat khidmat jagaan, asuhan dan pendididkan secara harian dengan percuma atau dengan sekadar yuran kemampuan ibu bapa masing-masing.


Jumaat, 1 Jun 2012

MATLAMAT




Itulah dia BUAH HATIKU, mencintai dan dicintai Allah dan Rasul, disukai oleh semua manusia. Inilah harapan dan matlamat ditubuhkannya Rumah Amal Buah Hatiku, ingin melahirkan generasi buah hati Rasulullah. Kami mengajak anda seluruh masyarakat Islam yang cintakan Allah dan Rasul untuk bersama-sama menanggung beban dan tanggungjawab umat ini.



Sampai bilakah kita akan menangis melihat kerosakan moral di kalangan generasi muda. Tidak cukupkah kita melihat anak-anak kita yang tidak mahu sembahyang? Yang bergaul bebas? Yang mendedahkan aurat? Dan lain-lain maksiat? Bilakah kita nak mula mengubahnya? Mari kita laksanakan sistem pendidikan Islam ini, kerana nampaknya sistem pendidikan yang ada terus sahaja melahirkan generasi yang semakin jauh dari Allah dan Rasul.

Selain itu matlmat Buah hatiku adalah untuk melahirkan anak-anak di bawah jagaan  Buah  hatiku ini Berjaya disegi pembangunan rohaniahnya dan pembangunan material disamping menjadi seorang manusia berguna di masa depan. Ilmu dan pelajaran yang diikuti oleh mereka, juga latihan-latihan yang diberikan akan dimanfaatkan sebaik mungkin dan akhirnya menjadikan mereka pandai berdikari dan mempunyai jati diri yang kuat dalam menempuh duagaan dan cabaran hidup.
Tambah kapsyen

penubuhan

Ditubuhkan oleh bebrapa wanita sebagai pengerak utamanya. Dengan berbekalkan semanagat dan cita-cita untuk berkhidmat kepada masyarakat khususnya kepada anak bangsa, agama, dan Negara.
Di antar punca keresaha masyarat adalah generasi muda yang semakin rosak dengan berbagai gajala social. Ibu bapa terlalu sibok mencari rezki hingga tidak sempat memberi perhatian kepada anak-anak. Akibatnya anak-anak itu selain miskin harta, mereka juga menjadi miskin kasih sayang, miskin ilmu dan iman. Adalah malang lagi bagi satu bangsa ada yatim atau fakir miskin itu terbiar walhal otaknya genius. Bhakan ramai juga anak orang kaya hartayang kurang kasih sayang, ilmu dan iman. Bila dewasa, dia hanya jadi penggangur dan buruh kasar. Lebih malang lagikalau dia menjadi pengaih dadah atau penjenayah. Itu adalah satu kerugian besar sedangkan dia adalah eset Negara, bangsa dan Negara. Oleh itu semua pihak wajib membenteras kemiskinan ini secara keseluruhan. Kita wajib berkerjasama menyumbang harta, ilmu, tenaga dan kepakaran untutk menjayakan usha mulia ini.



Atas keperhatian ini maka tertubuhlah rumah amal ini. Pembinaan insan menjadi teras utamanya agar lahir generasi yanga seimbang antara jasad, akal,nafsu, dan rohnya. Dengan itu mereka dapat menjadi angota masyarat yangberwibawa untuk generasi masa hadapan.


PENGENALAN

PENGENALAN

Buah Hatiku adalah sebuah rumah kebajikan yang telah dibuka pada 21/12/2011 yang beralamat di 22 jalan 7/3C seksyen 7,Bandar Baru Bangi Selangor Darul Ehsan. Dibawah naungan Persatuan Kebajikan Islam Peribadi Mulia di atas no pendaftaran 1557-11 SEL.Yang berpusat di alamat No. 2 Jalan Prima Saujana 1/4D , kajang Selangor Darul Ehsan.