Jumaat, 17 Ogos 2012

SESIAPA YANG SUDI BERRAYA DENGAN ANAK-ANAK DIRUMAH BOLEH HUBUNGI NO NIE....0182303235
KAMI DARI RUMAH AMAL BUAH HATIKU MENGUCAPKAN "SELAMAT HARI RAYA " PADA SEMUA

Sabtu, 2 Jun 2012

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN


PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

1.Menyediakan segala sumbangan yang diterima bukan sekadar untuk anak-anak kurang bernasib baik di asrama Buah Hatiku ini, tetapi juga diberikan kepada anak-anak yatim dan asnaf zakat yang tinggal bersama keluarga mereka.



2.Melatih nak-anak untuk menjadi penghibur kepada anak-anak yang senasib dengannya iaitu melalui aktiviti-aktiviti lawatan ke asrama-asrama anak-anak yatim yang lain dan mengadakan persembahan kebudayaan dan program motivasi.



3. Menubuhkan kelab remaja putera/puteri bagi anak-anak tahap rendah  dan kelab anak-anak kesayangan Buah Hatiku bagi anak-anak diperingkat kanak-kanak.



4. Menyediakan khidmat kauseling kepda ibu bapa/penjaga/waris yang berhadapan dengan masaalah keluarga dan anak-anak remaja khususnya.



5.Menyediakan aktiviti-aktiviti kemahiran seperti penulisan, jahitan, masakan, pertanian dan landskap, kebudayaan, kepimpinan dan motivasi demi melahirkan peribadi nak-anak yang pandai berdikari.



OBJEKTIF Buah Hatiku

1.     Memebanteras kemiskinan secara keseluruhan: miskin iman, miskin ilmu dan miskin harta.

2.    Membela anak-anak yang kurang bernasib baik serta memberi kasih sayang.

3.    Menegenalkan mereka kepada Tuhan dan Rasul sehingga mereka cinta dan takut hanya untuk Allah dan Rasul.

4.    Membimbing mereka dengan perkara-perkara asas iaitu fardhu ain dan fardhu kifayah seperti menjahit, pertanian, kebudayaan, ekonomi, motivator dan lain-lain.

5.    Melahirkan anak-anak yang bpleh berdikari dan menampung kehidupannya di masa akan datang.

6.    Mengadakan kelas pengajian Al-quran,agama dan akdemi yang asas, seta kelas kemahiran bahasa arab peringkat rendah, menegah dan dewasa.

7.    menyediakan khidmat lawatan dan hiburan kepada orang-orang tua atau orang kurang upaya (OKU)